Ekspresi Aidilfitri 2026 merupakan program anjuran Majlis Bandaraya Ipoh yang menghimpunkan pelbagai aktiviti seni, budaya dan kreativiti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bertempat di Lorong Seni @ Lorong Panglima, program ini bertujuan memeriahkan suasana bandar serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam menghayati keindahan warisan tempatan.
