
Sambutan Ulang Tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari
April 25 @ 8:00 am – 11:00 pm UTC+8

Sambutan Ulang Tahun ke-65 Zoo Taiping & Night Safari merupakan acara istimewa yang menghimpunkan pelbagai aktiviti rekreasi, pendidikan dan hiburan untuk seisi keluarga. Program ini menampilkan aktiviti menarik seperti pengayaan haiwan, jejak kembara renjer, pertandingan mewarna, larian santai serta pameran dan jualan.
Penganjuran sambutan ini bertujuan meraikan pencapaian 65 tahun dalam pemuliharaan hidupan liar di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan konservasi dan pendidikan alam sekitar dalam suasana santai dan mesra keluarga.
