August 29, 2025 @ 10:00 am – August 31, 2025 @ 11:30 pm UTC+8

Sambutan Ambang Merdeka 2025 x Festival Bulatan Sultan Azlan Shah 2025 akan berlangsung pada 29 hingga 31 Ogos 2025, bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung sepanjang festival, antaranya Sambutan Ambang Merdeka peringkat Negeri Perak 2025, pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan pelbagai kaum, persembahan artis jemputan, serta Larian Bulatan Sultan Azlan Shah 2025. Turut memeriahkan suasana ialah gerai jualan makanan dan minuman, Jualan Rahmah KPDNKK, horse riding, mini petting zoo, Rumah Hantu Tantirana, Soopa Doopa, Merdeka Penalty League 2025, Pentas Gegar Kosmik 2.0 dan persembahan istimewa Fire Show oleh Budak Api Ipoh.
Ayuh, jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Ambang Merdeka dan Festival Bulatan Sultan Azlan Shah 2025 di Meru!