Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Program Bersih & Indah (Perak Best 2.0) & Teluk Batik Day Out

August 23, 2025 @ 8:00 am 2:00 pm UTC+8

Program Bersih & Indah (Perak Best 2.0) dan Teluk Batik Day Out akan berlangsung pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) di Dataran Teluk Batik, Manjung bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini bertujuan memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan, mengamalkan gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan komuniti.

Selain itu, ia juga menjadi platform untuk memperkenalkan Teluk Batik sebagai destinasi pelancongan utama di Perak yang kini diiktiraf sebagai kawasan zon bebas karbon dan bebas kenderaan. Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya pertandingan busana, sukan pantai, sukaneka, pertandingan memasak, senamrobik, food truck dan pertandingan suara cilik.

Program ini dijangka meriah dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat serta mampu memperkukuh imej Teluk Batik sebagai lokasi pelancongan mesra keluarga dan lestari.

Majlis Perbandaran Manjung

Dataran Teluk Batik

Dataran Teluk Batik
Lumut, Perak 32200 Malaysia
+ Google Map