August 30, 2025 @ 7:00 am – 11:30 pm UTC+8

Cherita Secangkir Kopi (CSK) kali ke-3 kembali lagi dengan lebih besar, meriah dan penuh cerita! Pada 30 Ogos 2025 (Sabtu), bertempat di Dataran Warisan Taiping, festival kopi terbesar di Utara ini akan berlangsung dari jam 7 pagi hingga 12 malam.
Pelbagai aktiviti menarik menanti seperti Pertandingan Sajak Merdeka, Barista Fun Run, kursus TVET barista & pastri, persembahan buskers, pertandingan skateboard, roasting & cupping show, Drip & Dare Championship, treasure hunt, barista cilik, healing corner, bidding bundle, serta jualan kopi dan manisan.
Lebih istimewa, kehadiran YAB Menteri Besar Perak bakal menyerikan lagi festival ini. Ayuh, raikan Ambang Merdeka 2025 bersama Cherita Secangkir Kopi 2025 – secangkir kopi, sejuta rasa & cerita!



