Iklan Kekosongan Jawatan: Penolong Eksekutif (Seksyen Kreatif)

Tourism Perak Management Berhad

Maklumat Jawatan

Jawatan: Penolong Eksekutif
Kumpulan: Bukan Eksekutif
Bahagian/Unit: Seksyen Kreatif, Unit Komunikasi Korporat
Taraf Jawatan: Kontrak / Tetap

Jadual Gaji

ButiranKadar
Gaji MinimumRM1,650.00
Gaji MaksimumRM6,620.00
Kadar Kenaikan Gaji TahunanRM145.00
Elaun PelbagaiRM260.00
Elaun PerumahanRM300.00
Elaun Sara HidupRM300.00

Syarat Lantikan

Pemohon mestilah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  • Mempunyai salah satu daripada kelayakan berikut:
    • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan (Gaji permulaan: RM1,650.00); atau
    • Diploma dalam bidang berkaitan (seperti Media, Pemasaran, Komunikasi) daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf yang diiktiraf Kerajaan (Gaji permulaan: RM1,893.00).
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan setaraf yang diiktiraf Kerajaan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman dalam industri atau bekerja dengan agensi berkaitan. Pengalaman dalam penghasilan kandungan media sosial adalah satu kelebihan.
  • Mempunyai kemahiran dalam penggunaan perisian seperti Adobe Premiere, Final Cut Pro, Photoshop, CapCut dan Canva.
  • Sentiasa mengikuti perkembangan semasa dalam tren media sosial, teknologi dan isu semasa.
  • Mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai dinamik media sosial dan kemahiran menghasilkan kandungan media sosial yang kreatif.
  • Kemahiran dalam mengendalikan dron, kamera DSLR dan peralatan berkaitan adalah satu kelebihan.

Fungsi dan Tugas Utama

  • Mengurus dan mengendalikan akaun media sosial rasmi Tourism Perak termasuk Instagram, Facebook dan TikTok. (Pengalaman dalam Weibo, Douyin & WeChat adalah satu kelebihan.)
  • Mencipta kandungan yang menarik dan membangunkan strategi kandungan yang efektif merentas platform media sosial.
  • Mengenal pasti serta memanfaatkan tren internet terkini bagi meningkatkan capaian dan pendedahan jenama Tourism Perak.
  • Bekerjasama dalam pasukan bagi melaksanakan strategi media sosial yang menyeluruh.

Tugas-tugas Lain

  • Mengurus kewangan, perolehan bekalan, pengurusan personel dan pentadbiran pejabat.
  • Menyelaras majlis rasmi, urusan konsular, penguatkuasaan undang-undang serta perhubungan awam.
  • Menyediakan kertas kerja perancangan tahunan untuk aktiviti, projek dan program serta laporan pelaksanaannya.
  • Bertindak sebagai urus setia atau pencatat minit mesyuarat dan menyediakan laporan terperinci berkaitan.
  • Mengeluarkan surat rasmi kepada pihak berkaitan.

Cara Memohon

Pemohon dikehendaki mengemukakan dokumen berikut:

  • Resume terkini
  • Gambar berukuran pasport
  • Salinan sijil akademik yang disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred Pengurusan dan Profesional atau setaraf

Hantarkan permohonan ke alamat berikut:

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan (Sumber Manusia)
Tourism Perak Management Berhad
No. 4, Lebuh Ceylon
30350 Greentown, Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Nota Penting:

  • Permohonan tanpa salinan sijil akademik yang disahkan tidak akan dipertimbangkan.
  • Nyatakan “Penolong Eksekutif” di sebelah kiri sampul surat.
  • Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga.
  • Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.
  • Kakitangan sedia ada Tourism Perak juga digalakkan untuk memohon.

Tarikh Tutup Permohonan:

22 April 2025 (Selasa), jam 5.00 petang