
Mosque Open Day 2026 – Maulidur Rasul
September 13 @ 6:00 am – 10:00 pm UTC+8

Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini akan dimeriahkan dengan penganjuran Mosque Open Day 2026 yang akan berlangsung di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), Ipoh. Program istimewa ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat, di samping merealisasikan peranan masjid sebagai sebuah pusat komuniti inklusif yang mesra dan dekat dengan semua lapisan rakyat. Pelbagai pengisian bermanfaat telah disusun rapi, bermula dari awal pagi hingga ke malam, bagi menarik kehadiran seisi keluarga.
Sepanjang hari terbuka ini, para pengunjung berpeluang menyertai dan menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan nasyid, pertandingan memasak masakan tradisional, pertandingan mewarna, serta program kayuhan basikal komuniti bertemakan ‘Moh Ngayoh Kome!!’. Kemeriahan turut diserikan dengan Jualan Sejahtera Rakyat, gerai-gerai jualan, serta pameran informatif termasuk perpustakaan bergerak, kaunter zakat (ZAPAR), pameran warisan alat Dabus, dan demonstrasi makanan Chinese Muslim.
Pengurusan Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak)
masjidnegeripk@gmail.com