
Ipoh Coffee Vibes 2026
September 10 @ 8:00 am – September 13 @ 5:00 pm UTC+8
Pesta Ipoh Coffee Vibes 2026 bakal mencipta fenomena buat julung kalinya sebagai platform untuk mengangkat keunikan Kopi Putih Ipoh serta kepelbagaian budaya kopi tempatan. Berlangsung selama empat hari di Riverfront Old Town, festival ini menawarkan pengalaman kedai kopi terbuka berlatarbelakangkan keindahan pesisir Sungai Kinta. Pengunjung dapat meneroka sejarah dan cerita di sebalik secawan kopi putih ikonik Ipoh sambil menghayati identiti pelancongan bandar raya ini yang kaya dengan sejarah.

Sepanjang festival berlangsung, ia akan menghimpunkan pelbagai pengusaha kopi, makanan, seni, dan budaya di bawah satu bumbung. Pengunjung bakal dihiburkan dengan pelbagai tarikan hebat termasuk Konsert Kita FM, demonstrasi kulinari ikonik seperti kopi tarik dan roti canai terbang, persembahan kebudayaan, pertunjukan api (fire show), serta persembahan live band. Selain menikmati kopi yang enak, pengunjung juga berpeluang mendapatkan pelbagai tawaran istimewa dan membawa pulang cenderamata eksklusif sebagai kenangan.