Penolong Eksekutif (Kewangan) Gred W29
| Gaji Minimum: RM1,760.55 | Gaji Maksimum: RM5,678.00 | Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145.00 |
Kumpulan: Pelaksana
Taraf Jawatan: Kontrak
Kekosongan: (1)
Elaun Pelbagai: RM260
Elaun Perumahan: RM300.00
Elaun Sara Hidup: RM300.00
Syarat Lantikan:
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- akademik:
- Memiliki sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,760.55); atau - Certificate Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,760.55); atau - Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan, atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,760.55); atau - Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred W29: RM1,760.55)
- Memiliki sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan, atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Peningkatan Secara Lantikan:
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan W19) adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Eksekutif (Kewangan) Gred W29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
- Mempunyai kelayakan di perenggan 1 ( c ).
- Had umur pelantikan:
- berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
- berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
- berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Deskripsi Tugas:
- Bertanggungjawab dalam melaksanakan, menyelia sistem, dan opeasi kewangan.
- Menyediakan pesanan kerajaan dan pembayaran.
- Menyediakan jadual gaji, elaun, dan potongan berkaitan.
- Mengemaskini rekod bayaran secara harian.
- Menyediakan Laporan Perbelanjaan dan Prestasi Kewangan Bulanan.
- Menyediakan baucar bayaran.
- Mengemas kini kelulusan kewangan dan peruntukan yang disalurkan melalui EFT oleh Bahagian Kerajaan Tempatan.
Cara Memohon:
- Pemohon hendaklah mengemukakan resume, gambar berukuran passport dan salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Professional dan setaraf ke alamat berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif
Tourism Perak Management Berhad
No 4, Lebuh Ceylon
30350 Greentown, IPOH
(u.p: Bahagian Pentadbiran dan Kewangan) - Permohonan tanpa disertakan salinan sijil akademik yang disahkan akan ditolak.
- Jawatan “Penolong Eksekutif” perlu diletakkan di sebelah kiri sampul surat pemohon.
- Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tempoh 3 (tiga) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
- Tarikh tutup iklan adalah pada 4 Ogos 2026 sebelum jam 12.00 tengah hari.
- Kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Tourism Perak juga digalakkan untuk memohon.


