
Larian Warisan Malaysia
June 7 @ 8:00 am – 5:00 pm UTC+8
Larian Warisan Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 7 Jun 2026 (Ahad) di Padang Ipoh, Perak. Acara ini bakal menggabungkan elemen sukan dan warisan, di mana peserta akan berlari melalui bangunan-bangunan ikonik di Bandar Lama Ipoh sempena sambutan ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38.
Peserta boleh memilih kategori 5KM atau 7KM, menyertai larian merentasi bangunan ikonik Bandar Lama Ipoh sambil menikmati suasana bandar bersejarah yang penuh nilai seni dan nostalgia.
Acara ini turut menampilkan:
🎭 Persembahan kebudayaan
🏏 Aktiviti sukan rakyat
🛍 Gerai jualan warisan tempatan
🎁 Cabutan bertuah
