November 8, 2025 @ 8:00 am – November 9, 2025 @ 5:00 pm UTC+8
Festival Komuniti Geopark 2025 membawa pengunjung menyelami keunikan Lembah Kinta melalui pengalaman percuma dua hari yang memadukan alam semula jadi, warisan budaya, sains dan komuniti. Hari pertama diadakan di Gunung Lang Community Park dengan aktiviti seperti bengkel interaktif, lawatan berpandu, perkongsian teh herba & kopi hitam, pameran fosil & STEM, rock climbing, pengalaman budaya dan ruang piknik. Malamnya, pengunjung boleh menikmati Jejak Warisan & Piknik Bulan Bintang di Pekan Ipoh. Hari kedua diteruskan di Gua Tambun, dengan aktiviti Urban Sketchers dan Klinik Lukisan Komuniti, sesuai untuk semua peringkat usia.
Hari Pertama (8 November)
Rasai kemeriahan festival utama di Gunung Lang Community Park (GLCP)!
Nikmati pelbagai aktiviti seperti:
Bengkel interaktif & lawatan berpandu
Perkongsian teh herba & kopi hitam
Pameran fosil & STEM
Aktiviti rock climbing
Pengalaman budaya & warisan
Ruang santai piknik bersama komuniti
Pada waktu malam, sambung kemeriahan dengan Jejak Warisan & Piknik Bulan Bintang di Pekan Ipoh — sambil menikmati aroma white coffee yang cukup sinonim dengan bandar warisan ini.
Hari Kedua (9 November)
Eksplorasi diteruskan di Gua Tambun, tapak lukisan purba berusia ribuan tahun. Sertai juga aktiviti Urban Sketchers dan Klinik Lukisan Komuniti yang memberi inspirasi untuk semua peringkat usia!
Datanglah bersama keluarga & rakan — alami sendiri pertemuan antara alam, sains, budaya dan komuniti di:
Festival Komuniti Geopark: Kinta & Kita
8 & 9 November 2025
