October 10, 2025 @ 8:00 am – October 12, 2025 @ 5:00 pm UTC+8
Taiping Bird Week 2025 akan berlangsung dari 10 hingga 12 Oktober 2025 di Pavilion Zoo Taiping & Night Safari dengan tiga aktiviti utama iaitu Taiping Bird Race, Taiping Photo Run, dan Hornbill Fun Walk. Bird Race terbuka kepada orang awam dan pelajar sekolah menengah dalam kumpulan tiga orang untuk mencatat sebanyak mungkin spesies burung. Photo Run pula ialah pertandingan fotografi burung liar di habitat semula jadi, manakala Hornbill Fun Walk merupakan acara santai berjalan sejauh 2.5 km dalam zoo. Tarikh tutup penyertaan bagi Bird Race dan Photo Run ialah pada 8 Oktober 2025, dan bagi Fun Walk pada 5 Oktober 2025. Jangan lepaskan peluang menarik ini di #TBW2025!