21°C | 08:03AM

Economic Stimulus Package

 

BANTUAN ONE-OFF KEPADA PEMANDU BOT PELANCONGAN (MUALIM)

 

Syarat-syarat pemberian adalah seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia.
b) Menetap/bermastautin di Perak
c) Rakyat Negeri Perak (kad pengenalan 08, 36, 37, 38 & 39)
d) Bekerja sebagai pemandu pelancongan di syarikat yang berdaftar dengan SSM, Persatuan Pelancongan di Negeri Perak.
e) Lesen pemandu bot yang masih sah sebelum tarikh tutup.

Dokumen sokongan yang perlu disertakan adalah seperti berikut:

1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
2. Salinan maklumat akaun bank
3. Salinan lesen pemandu bot (Jabatan Laut Malaysia & Perbadanan Taman Negeri Perak)
4. Salinan surat pengesahan pekerja dari syarikat (sekiranya berkaitan)
5. Salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (sekiranya berkaitan)
6. Salinan penyata akaun bank individu

Pemohon yang menepati syarat-syarat kelayakan di atas adalah dikehendaki untuk melengkapkan borang permohonan ini dan pembayaran akan dilaksanakan melalui Electronic Funds Transfer (EFT) ke bank akaun pemohon. Kegagalan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak. 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : DILANJUTKAN SEHINGGA 17 JUN 2021 (JUMAAT) JAM 5 PETANG

SILA RUJUK KEPADA PAUTAN DI BAWAH UNTUK TINDAKAN LANJUT:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfTtu9O5f9Fsx2Aqg4qVvBxU7r2sAc0i2TjTaamjTg759PO3Q/viewform